Saturday, January 16, 2010

Diarrhea

Prut aku jua ada ragam nya. Sudah seminggu by productnya cair. Tak tahan bercangkung 5-6 kali satu hari, 10 minit setiap sesi. Dah jumpa doktor, tapi mungkin kerana beliau terlampau bijak, ataupun blajar tidak habis, diberi oleh beliau magnesium hydroxide atau ubat gastritis. Bahlul bukan?Aku yang tidak kurang bahlulnya, maka patuh la pada preskipsi yang beliau kasi, kunyah 2 biji 3 kali sehari. Sangat sedap. Seperti makan ubat gigi colgate. Tapi yang menariknya, perut terus berbunyi, makin rancak pun ada. Kepekatan toksah kata, maken banyak airnya. Lastly aku buat keputusan, untuk pegi jumpe doktor yang kurang bahlul, dengan harapan bukan gastritis diagnosis beliau.

Nak di jadikan cerita, doktor tu memang langsung tidak bahlul, bijak lagi tiptop dia punye medical skill. Oleh kerana terlalu bijak, aku pulak dimarah sebab datang lambat jumpe doktor. Kata beliau "xmolek kasi prut brona lamo2, nnti dia jadi sensitif. Mudah kene diarrhea lagi".Tetibe rasa bengang kat doktor sbelum ne datang. Tapi aku redha, asal kali ne doktor da xkasi ubat gigi. Kdai Yusof depan umah aku pon ade jual ubat gigi, xpayah nak pegi jaoh2. Kali ne memang da xde ubat gigi dah. Beliau kasi aku antibiotik n arang. walaupon arang pun tidak kurang mudahnya nk dapat, atleast benda tu boley kurangkan saket perut.

3 hari lepas tu, bersamaan hari ini, maka perut aku sudah tidak berbunyi bising lagi. By productnya jua da normal. maka suka lah hati. Malam ini boley pekena burger ridel lagi. Sekian.

Cerita tiada arah di tengahari sabtu

1 comments:

hafizimedsi said...

good story... actualy, da doctor was so frusted when he needs to read more thicker books.. so his brain full with knowledges.. but, it is true, sometimes, diarrhea also associated with gastric.. i knew that cos i have da bad n suck experience suffred of gastric.. it was really pain...